Makanan

Makanan disediakan sepanjang tempoh penginapan anda di sini dan merangkumi bayaran pakej. Caj tambahan hanya akan dikenakan jika ada permintaan istimewa. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

  • makanan meliputi sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan juga snack
  • makanan yang disediakan merangkumi makanan-makanan tradisional Korea, makanan Muslim di Itaewon, dan juga 'packing food'
    *pindaan boleh dibuat bagi anda yang tidak mahukan makanan Korea, sebaliknya hanya ingin makan makanan Muslim   di Itaewon sahaja. Walau bagaimanapun, permintaan hendaklah dirunding melalui emel terlebih dahulu.
  • Alahan terhadap apa-apa jenis makanan perlu dimaklumkan kepada pihak kami terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
  • Bagi yang beragama Islam, anda tidak perlu gusar terhadap makanan yang bakal disediakan kerana kami amat menitik beratkan soal halal dan makanan Korea yang bakal diediakan kebanyakkannya terdiri daripada makanan laut.