Tempat-tempat Menarik Untuk Dilawati


Di sini kami senaraikan sebanyak mungkin tempat-tempat menarik sekitar Seoul untuk anda!
Tetapi untuk makluman anda, beberapa tempat seperti taman tema EVERLAND/LOTTEWORLD, HANGANG CRUISE, SKIJANG dan MOUNT SORAK adalah tidak termasuk dalam Basic Pakej. Caj tambahan akan dikenakan jika ada permintaan untuk ke tempat2 tersebut.

NAMSAN TOWER: Nikmati pemandangan indah seluruh Seoul dari atas Namsan Tower. Juga rasai pengalaman menaiki kereta kabel untuk ke atas menara tersebut!






NAMDAEMUN MARKETPusat perniagaan tradisional Korea paling besar, tempat wajib dikunjungi bagi sesiapa yang datang ke Seoul dan sukakan barangan pada harga murah. Terletak berdekatan dengan pusat bandar Seoul, pelbagai jenis barang seperti makanan, pakaian, aksesori wanita hinggalah ke peralatan dapur ada dijual di sini. Juga terkenal dalam kalangan pengunjung Malaysia dengan 'brooch' berkualiti tinggi.


Pintu masuk Namdaemun Market

Pelbagai jenis 'brooch' ada di sini dgn harga murah 

DONGDAEMUN MARKET:
 Popular sebagai pusat membeli-belah di waktu malam. Juga terkenal dengan kain 'cotton' berkualiti tinggi Korea.






MYEONGDONGSalah satu tempat paling sibuk dan sesak di Seoul dan merupakan antara pusat membeli belah tarikan pelancong paling terkenal di Korea.





antara butik terkenal di Myeongdong


HONGDAE&IDAE UNIHongdae University dan Idae University merupakan dua daripada universiti-universiti swasta terkenal di Seoul. Kawasan-kawasan berhampiran kedua-dua universiti ini menjanjikan kepuasan buat anda yang gemarkan 'window-shopping'. Juga terkenal dengan keunikan kedai-kedai dan cafe-cafe menarik.







63 BUILDING: Terletak berdekatan Yeoido Park dan Hangang River, bangunan ini cukup terkenal dengan gelaran bangunan paling tinggi di Seoul. 





NAMI ISLAND: Tidak terletak di Seoul tetapi hanya mengambil masa kurang dari satu jam setengah untuk sampai ke sini menaiki subway. Drama terkenal Winter Sonata dirakamkan di sini bersama pemandangan indah di musim salji. 






ITAEWONMasjid untuk umat Islam terletak di sini. Kedai-kedai runcit, restoran halal juga boleh didapati di kawasan ini.






LOTTEWORLD & EVERLAND: Kedua-duanya merupakan taman tema terkenal di Seoul. Lotteworld banyak menyediakan permainan/aktiviti tertutup manakala Everland pula lebih banyak menyediakan permainan/aktiviti luar.

Lotteworld dari luar



pandangan atas Lotteworld dari dalam
maskot Lotteworld





Everland di musim bunga

Roller coaster paling menakutkan di Everland
mini zoo di Everland
        



GYEONGBOK PALACEKawasan Istana yang besar ini merupakan tempat wajib pergi bagi melihat sendiri budaya masyarakat tradisional Korea. Pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman memakai pakaian tradisional Korea di istana ini.







NAMSAN'S KOREA TRADITIONAL HOUSE: Di sini terletaknya replika-replika rumah asal masyarakat tradisional Korea. 





HANGANG CRUISENikmati pemandangan indah Korea dari atas kapal menyusuri Hangang River. 






SINDANG TTOKBOKKIBagi anda yang tidak mahu terlepas merasa makanan Korea, Sindang merupakan pilihan tepat. Di sini terdapat pelbagai pilihan kedai yang menyediakan makanan tradisional terkenal iaitu ttokbokki ataupun 'spicy rice cake'.





CHONGGYECHOENTerusan buatan manusia paling panjang di Korea. Terletak betul-betul di pusat bandar, rasai nyamannya deruan angin dan kedamaian bunyi air di sini.




INSADONG STREETSalah satu tempat tarikan pelancong yang penuh dengan warna-warna tradisi Korea. Juga sesuai buat anda yang gemar membeli-belah.