29 September 2011

Melancong bersama kami...KIMCHEEE ^^

Assalamualaikum
Selamat sejahtera
Ni hao

Hey there...kami KIMCHEEE! ^^ Kami merupakan rakyat Malaysia yang kini sedang belajar di sekitar Seoul dan sudah pun menetap di sini lebih kurang 3 tahun. KIMCHEEE merupakan organisasi kecil sort of hehe ditubuhkan khas untuk mempromosi Cuti-Cuti Korea kepada seluruh rakyat Malaysia.

Mengapa KIMCHEEE??!
Kerana kami boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan sudah semestinya bahasa Korea. Dengan kemahiran berbahasa Korea ini, anda tidak akan menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sini. Kami juga boleh membantu anda dalam proses tawar-menawar ketika membeli belah hehe Memandangkan kami sudah lama menetap di bumi sonata ini, kami sudah mahir dengan selok-beloknya dan kami juga sudah cekap menggunakan pengangkutan awam di sini seperti subway dan juga bas. Percutian anda akan menjadi lebih mudah dan selesa dengan adanya kami sebagai pemandu pelancong anda. ^^

Berminat????!
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menghantar emel kepada kami di alamat seperti yang tertera di bawah:

kimcheee@hotmail.my

Kami akan menghubungi anda secepat mungkin!
Cepat cepat emel kepada kami SEKARANG!!

*for information in English, click here



Basic Package

KIMCHEEE tidak menawarkan kepelbagaian pakej buat anda sebaliknya kami mahu anda tentukan sendiri percutian yang bagaimanakah yang anda mahukan, dan kami akan susun atur semuanya buat anda. Namun demikian, pihak kami ada menyediakan Basic Package yang mana kami rasakan paling sesuai buat sesiapa sahaja yang ingin melancong ke Seoul, Korea.

Basic Pakej: 
  • 4 hari 3 malam dengan bayaran serendah RM1200~
    *bergantung kepada 'demand' pelanggan
  • Pengiring pergi dan balik airport.
  • makanan disediakan sepanjang tempoh penginapan
  • tempat penginapan yang anda boleh pilih (click here)
  • lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Seoul
Sila awal maklum bahawa caj tambahan akan dikenakan jika anda ingin membuat permintaan lain seperti tempoh penginapan yang lebih lama, makanan selain yang disediakan, tempat-tempat lawatan di luar pakej dan lain-lain. 

Untuk maklumat lanjut sila emel kepada kami