29 September 2011

Melancong bersama kami...KIMCHEEE ^^

Assalamualaikum
Selamat sejahtera
Ni hao

Hey there...kami KIMCHEEE! ^^ Kami merupakan rakyat Malaysia yang kini sedang belajar di sekitar Seoul dan sudah pun menetap di sini lebih kurang 3 tahun. KIMCHEEE merupakan organisasi kecil sort of hehe ditubuhkan khas untuk mempromosi Cuti-Cuti Korea kepada seluruh rakyat Malaysia.

Mengapa KIMCHEEE??!
Kerana kami boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan sudah semestinya bahasa Korea. Dengan kemahiran berbahasa Korea ini, anda tidak akan menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sini. Kami juga boleh membantu anda dalam proses tawar-menawar ketika membeli belah hehe Memandangkan kami sudah lama menetap di bumi sonata ini, kami sudah mahir dengan selok-beloknya dan kami juga sudah cekap menggunakan pengangkutan awam di sini seperti subway dan juga bas. Percutian anda akan menjadi lebih mudah dan selesa dengan adanya kami sebagai pemandu pelancong anda. ^^

Berminat????!
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menghantar emel kepada kami di alamat seperti yang tertera di bawah:

kimcheee@hotmail.my

Kami akan menghubungi anda secepat mungkin!
Cepat cepat emel kepada kami SEKARANG!!

*for information in English, click here



2 comments: